Asyraf Wajdi Dusuki

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.

Sebelum pelantikan ini, beliau telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 03 Jun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dalam kerjaya peringkat awal, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia.

Dalam dunia kewangan Islam, beliau banyak membantu membangunkan polisi-polisi Syariah dan dasar-dasar kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia dan juga luar negara termasuk memberikan latihan dan khidmat Syariah dalam kewangan Islam bagi negara-negara seperti Oman, Turki, Maldives, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan, Afrika Selatan dan lain-lain. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Bank, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Affin Banking Group dan Penasihat Syariah AIA PUBLIC Takaful Berhad hampir 10 tahun.[2]

Selain itu, beliau diamanahkan sebagai Penasihat Syariah dan Konsultan Kewangan Islam di beberapa instititusi Kewangan Islam di dalam dan luar negara termasuklah Maldives Capital Market Development Authority, Maldives Allied Insurance Pvt Ltd., Price Waterhouse Coopers (PWC) Malaysia, London-based Mortgage Company Chain Mender Limited, London-based Halal Industries PLC, US-Based Islamic Financial Institution United Chartered Bank (UCB), ISRA Consultancy Sdn. Bhd., Singapore-based IFIS Business Advisory Pte Ltd dan KA Syariah Advisory.[3]

Beliau juga aktif memberi latihan dan tunjuk ajar dalam perbankan dan kewangan Islam kepada para Hakim-hakim Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, para pengurusan dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia, pengamal perbankan dan takaful, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai dalam dan di peringkat antarabangsa.[4][5]

Pada tahun 2011, beliau turut mendapat pengiktirafan Kewangan Islam Antarabangsa apabila dinobatkan sebagai "The Most Upcoming Personality in Islamic Finance" di Persidangan Antarabangsa Oman Islamic Economic Forum.

Politik
Selain menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Perhubungan NGO-GCOC UMNO Malaysia dan juga Panel Penasihat Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Dalam dunia kewangan Islam, beliau banyak membantu membangunkan polisi-polisi Syariah dan dasar-dasar kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia dan juga luar negara termasuk memberikan latihan dan khidmat Syariah dalam kewangan Islam bagi negara-negara seperti Oman, Turki, Maldives, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan, Afrika Selatan dan lain-lain. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Bank, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Affin Banking Group dan Penasihat Syariah AIA PUBLIC Takaful Berhad hampir 10 tahun.

Selain itu, beliau diamanahkan sebagai Penasihat Syariah dan Konsultan Kewangan Islam di beberapa instititusi Kewangan Islam di dalam dan luar negara termasuklah Maldives Capital Market Development Authority, Maldives Allied Insurance Pvt Ltd., Price Waterhouse Coopers (PWC) Malaysia, London-based Mortgage Company Chain Mender Limited, London-based Halal Industries PLC, US-Based Islamic Financial Institution United Chartered Bank (UCB), ISRA Consultancy Sdn. Bhd., Singapore-based IFIS Business Advisory Pte Ltd dan KA Syariah Advisory.

Beliau juga aktif memberi latihan dan tunjuk ajar dalam perbankan dan kewangan Islam kepada para Hakim-hakim Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, para pengurusan dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia, pengamal perbankan dan takaful, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai dalam dan di peringkat antarabangsa.[4][5]

Pada tahun 2011, beliau turut mendapat pengiktirafan Kewangan Islam Antarabangsa apabila dinobatkan sebagai "The Most Upcoming Personality in Islamic Finance" di Persidangan Antarabangsa Oman Islamic Economic Forum.
 

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P19 Tumpat
  • PRU14- P28 Pasir Puteh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga memiliki Sarjana Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam serta Ph.D dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Loughborough University, United Kingdom. Waktu di universiti, pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Dinobatkan selaku Graduan Terbaik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2000, dan memperoleh beberapa anugerah Graduan Terbaik di peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama.