Rosol Wahid

Dato' Rosol Wahid adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan N24 Ajil. Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.Beliau juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri Terengganu.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang dengan majoriti 125 undi sahaja. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau menang setelah mendapat 7386 undi. Calon lawan ,Mohd Razki Alias (Pas) mendapat 3603. Beliau memnadapat majoriti 3783 undi.Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Rosol Wahid (BN) mendapat 8,530 undi berbanding Mohd. Razki Alias (Pas) mendapat 3,803 . Rosol mendapat majoriti 4,727 undi.

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P38 Hulu Terengganu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P38 Hulu Terengganu N24 Ajil
  • PRU12- P38 Hulu Terengganu N24 Ajil