Abd Rahim Bakri

Datuk Abdul Rahim Bakri merupakan Ahli Parlimen Kudat, Sabah dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau merupakan Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

  • Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Abd Rahim Bin Bakri bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional
  • Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Abd Rahim Bin Bakri bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kudat, negeri Sabah. Abd Rahim Bin Bakri telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17634. Calon lawan ialah Yahya Bin Othman dari PKR mendapat 7,739 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 66.9% . Undi rosak sebanyak 1058.
  • 2009 Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri . Kemudian dipindahkan ke Timbalan Menteri Pengangkutan pada April 2009. Sekali lagi dipindahkan ke Timbalan Menteri Pertahanan pada 2013 selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013.
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P167 Kudat
  • PRU12- P167 Kudat
  • PRU13- P167 Kudat
  • PRU14- P167 Kudat

Kerusi Bertanding DUN: Tiada
  • Abdul Rahim Bakri menerima pendidikan di SK Rosob, Pitas, Kudat, Sabah ; SMK Kudat (sekarang SMK Abdul Rahim) (1974 - 1978) dan SMK Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah (1979 - 1980) .
  • Kemudian lanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1981 - 1985) jurusan Pengurusan Pentadbiran.
  • Selepas itu beliau bekerja di Swee Joo Bhd (12 Jun 2006 - 15 Mei 2008) ; FAMA (2005-2008) ; Saham Sabah Berhad (30 Julai 2004 - 15 Feb 2006).