Rozman Isli

  • Rozman Isli merupakan ahli politik Malaysia yang memegang jawatan Ahli Parlimen Labuan dari parti Barisan Nasional/ Umno.
  • Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan yang ke lima (5) bermula pada 1 Julai 2013. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen P.166 Labuan bermula pada tahun 2013.
  • Berdasarkan penglibatan dalam kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai persatuan dan pernah memegang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) cawangan Sabah, ahli lembaga pengarah  Yayasan PEKEMA, Timbalan Presiden Kelab AIM Malaysia, Timbalan Presiden Labuan Golf Club dan lain-lain.
  • Atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan, beliau telah dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) pada tahun 2014. 
  • Berdasarkan penglibatan dalam kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai persatuan dan pernah memegang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) cawangan Sabah, ahli lembaga pengarah  Yayasan PEKEMA, Timbalan Presiden Kelab AIM Malaysia, Timbalan Presiden Labuan Golf Club dan lain-lain.
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P166 Labuan
  • PRU14- P166 Labuan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada
  • Berkelulusan Sarjana Muda Kewangan dan Ekonomi dari California State University, Amerika Syarikat (1991) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Asian Institute of Management (AIM) Manila (1996). Kerjaya beliau bermula sebagai ahli perniagaan dan juga pernah berkhidmat dengan syarikat multinasional selama enam tahun.