Abd. Latiff Ahmad

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Ahmad (lahir 9 Julai 1958) ialah seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Mersing di dalam negeri Johor. Abdul Latiff telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) pada tahun 1995. Beliau bertukar kepada politik persekutuan pada tahun 1999, dan seterusnya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia (1999 hingga 2004), Timbalan Menteri Kesihatan (2004 hingga 2010) dan Timbalan Menteri Pertahanan (2010 hingga 2013). Beliau dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat pemaju perumahan milik kerajaan.

Jawatan yang pernah disandang

  • 1995: Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) pada tahun 1995.
  • 1999 - 2004: Timbalan Menteri Sumber Manusia (1999 hingga 2004),
  • 2004 - 2013: Timbalan Menteri Kesihatan (2004 hingga 2010)
  • 2010 - 2013:  Timbalan Menteri Pertahanan
  • Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P154 Mersing
  • PRU13- P154 Mersing
  • PRU14- P154 Mersing

Kerusi Bertanding DUN: Tiada