Mohd Isa Abdul Samad

Tan Sri Mohd Isa bin Haji Abdul Samad (lahir 14 November 1949 - kini) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan juga bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004. Kini beliau ialah Pengerusi FELDA.

 

Jawatan yang pernah disandang

  • 1978 : Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi
  • 1982 : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan
  • 1982 - 2004 : Menteri Besar Negeri Sembilan
  • 1982 - Kini : Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Port Dickson
  • 1999 : Ketua Pemuda UMNO, Linggi
  • 2004 - 2005 : Menteri Wilayah Persekutuan
  • 2004 - 2007 : Naib Presiden UMNO
  • 2009 : ADUN Bagan Pinang
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P127 Jempol
  • PRU14- P132 Port Dickson

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Latar belakang pendidikan

  • Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson
  • Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya