Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Najmuddin Dato' Raja Zainal Abidin atau 'RNC' merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia. Beliau dilantik menganggotai Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya dalam satu upacara Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.

  • Beliau merupakan seorang akauntan bertauliah dan menjadi pengurus di sebuah badan berkanun FELCRA (1978); Pengurus Perancangan Korporat dan Kewangan dengan Kumpulan Fima Berhad (1979) ; Pengarah Eksekutif OYL Industries (0ng Yoke Lin) (1982) . Kemudian menubuhkan syarikat kerjasama iaitu Razatec Sdn Bhd yang memperkenalkan produk elektrik jenama tempatan iaitu Acson; yang sekarang ini terkenal di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
  • Raja Nong Chik juga pernah menerajui Persatuan Pengilang dan Industri Servis Bumiputera sebagai Presiden dan juga ahli Majlis Inovasi Negara. Beliau juga merupakan Penaung Kuala Lumpur FA.
  • Sebelum dilantik sebagai menteri, Raja Nong Chik bergiat dalam bidang perniagaan selama 25 tahun .Beliau menjadi pengarah bukan eksekutif Pharmaniaga pada 2 September 1999.
  • Syarikat Istijuara Sdn Bhd, didakwa milik anak perempuannya, menerima kontrak daripada Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta pada 2006 .Kontrak itu hanya dimeterai pada 2010.Laman Keadilandaily.com melaporkan mengenai projek "melengkap, memasang dan atau menguji kelengkapan latihan industri" oleh syarikat Istijuara. Surat penerimaan tender pada 24 Ogos 2010 untuk projek di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Syarikat Istijuara mendapat tender projek itu pada tahun 2006, dan Raja Nong Chik mengambil alih syarikat berkenaan pada 2007 - sebelum beliau menjadi menteri. Tawaran tandatangan tender itu pada tahun 2010, selepas bangunan itu siap. 
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P121 Lembah Pantai
  • PRU14- P121 Lembah Pantai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Beliau belajar di peringkat rendah di Methodist Boys’ School sebelum meneruskan pengajian di Victoria Institution. Selepas VI, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Tentera Diraja.

Raja Nong Chik memegang ijazah Ekonomi (Kepujian) dari University of Wales, UK dan ahli Chartered Institute of Management Accountants, Malaysian Institute of Accountants dan Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.