Johari Abdul Ghani

Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah seorang Akauntan Bertauliah dan beliau merupakan seorang Fellow Chartered Association of Certified Accountants, United Kingdom. Beliau menjadi seorang Ahli Parlimen setelah bertanding dan memenangi pilihan raya bagi kerusi parlimen Titiwangsa pada Pilihanraya Umum Malaysia yang telah berlansung pada bulan Mei 2013. Pada 27 Julai 2015, Datuk Seri Johari telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. asil daripada suatu rombakan Jemaah Menteri pada 27 Jun 2016, beliau telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan II

Jawatan yang pernah disandang dalam kabinet

  • Menteri Kewangan II 27 Jun 2016
  • Timbalan Menteri Kewangan  27 Julai 2015
  • Ahli Parlimen Titiwangsa Mei 2013
  • Ahli Majlis Ekonomi Negara (NEAC)
  • Ahli Lembaga Pengarah bagi Khazanah Nasional Berhad

Jawatan yang pernah disandang dalam parti

  • Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa
  • Pemangku Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa Jun 2010
  • Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Titiwangsa Jun 2010
  • Bendahari Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
  • Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Malaysia
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P119 Titiwangsa
  • PRU14- P119 Titiwangsa

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Pendidikan:

  • Diploma Perakaunan Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam dari tahun 1982 sehingga tahun 1985 
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan United Kindom
  • ahli kepada Persatuan Berkanun Akauntan Bertauliah pada tahun 1991
  • Fellow Chartered Certified Accountant, London, England 1993