Tengku Razaleigh Hamzah

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah (merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank). Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Ketua UMNO Gua Musang.

  • 1937: Dilahirkan pada 13 April.
  • 1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland.
  • 1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan.
  • 1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO.
  • 1967 (umur 30): Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan.
  • 1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen.
  • 1973 (umur 36): Mendapat gelaran "Tan Sri".
  • 1974 (umur 37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib Presiden UMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.
  • 1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac.
  • 1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai.
  • 1987 (umur 50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama dengan Dato Musa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan ditewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24 April; (2) Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim; (3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan.
  • 1996 (umur 59): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46.
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P32 Gua Musang
  • PRU12- P32 Gua Musang
  • PRU13- P32 Gua Musang
  • PRU14- P32 Gua Musang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada