Ismail Abd Muttalib

Dato' Dr Haji Ismail Abdul Muttalib (lahir 1 Disember 1954) adalah seorang Ahli Politik Malaysia dan Ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Maran di Pahang. Beliau adalah ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau dipilih ke Parlimen pada pilihan raya 2004 dan dipilih semula pada tahun 2008 dan 2013. Selepas pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri bagi Sumber Manusia.

beliau mula menjadi Ahli UMNO pada tahun 1982. Pada tahun 2004 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran hingga tahun 2007. Beliau juga merupakan Pengerusi Biro Ekonomi dan Disiplin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Chenor Seberang dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Maran. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ismail Bin Abd. Muttalib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Maran, negeri Pahang. Ismail Bin Abd. Muttalib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15868

 

Kerjaya:

  • 1980-1982: Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang 
  • 1982-1988: Bertukar ke Unit Perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di Kuantan Pahang (SUK Pahang). Di SUK Pahang beliau telah menjawat pelbagai jawatan dan tugas di beberapa Unit berlainan.
  • Berkhidmat di beberapa Jabatan dan Agensi lain di negeri pahang dan menjawat pelbagai Jawatan Penting seperti :Pengarah Cawangan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Penolong Pegawai Daerah Maran, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Pahang, Timbalan Pengurus besar Yayasan Basmi Kemiskinan dan yang terakhir sebagai Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 
  • 2004 :Menceburi bidang politik 

Penglibatan bidang politik :

  • 1982 : Ahli Umno
  • 2004-2007 :Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran.
  • Pengerusi Biro Ekonomi dan Disiplin UMNO 
  • Ketua Cawangan UMNO Chenor Seberang
  • Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mara
  • 2013 :Ahli Parlimen Maran
  • 2013 :Timbalan Menteri Sumber Manusia
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P86 Maran
  • PRU12- P86 Maran
  • PRU13- P86 Maran
  • PRU14- P86 Maran

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Pendidikan:

  • Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chenor. 
  • Bersekolah di Sekolah Agama Chenor dan Sekolah Agama Al-Ihsan di Kuantan, Pahang. 
  • Melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor 
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)