Shamsul Anuar Nasarah

Shamsul Anuar Nasarah merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Beliau pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia bermula pada 2005 hingga kini.Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara 2007, beliau dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007 

Jawatan yang pernah disandang

  • 2004-2007: Setiausaha Sulit Kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • 1996-1998: AJK Pemuda Umno Bahagian Chenderoh
  • 1998-2000: Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Chenderoh
  • 1998-2000: AJK Umno Bahagian Chenderoh
  • 2000-2004: Ketua Pemuda Umnoo Bahagian Chenderoh
  • 2004-2008: Ketua Pemuda Umno Bahagian Lenggong
  • 2008-kini: Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong
  • 2004-2009: Exco Pemuda Umno Malaysia
  • 2004-2009: Pengerusi Belia Biro Sukan Pemuda Umno Malaysia
  • 2009-2014: AJK Biro Penerangan Umno Malaysia
  • 2014-kini: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P55 Lenggong
  • PRU13- P55 Lenggong
  • PRU14- P55 Lenggong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada
  • Tamat pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur
  • Lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya (UM)
  • Lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam Colleger of Law, Government and International Studies Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Lulusan Ijazah Peringkat Doktor Falsafah (Phd) Pengurusan Pembangunan di Pusat Pengajian Kerajaan GOLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM)