Reezal Merican Naina Merican

Datuk Reezal Merican Naina Merican (29 Julai 1972) merupakan ahli politik Malaysia dari Barisan Nasional/Umno dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai pengerusi Amanah Raya Berhad mulai 1 Januari 2015.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Politik Menteri Kewangan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sesi 2006-2009.

  • 2013 - Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang
  • 2013 - Ketua Umno bahagian Kepala Batas
  • 2015 - Timbalan Menteri Luar
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P41 Kepala Batas
  • PRU14- P41 Kepala Batas

Kerusi Bertanding DUN: Tiada