Awang Adek Hussin

Y.B Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Lahir 18 Mei 1955) dilahirkan di Bachok, Kelantan, merupakan Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Awang Adek mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan korporat termasuk sebagai Penolong Gabenor Bank Negara dari 1996 sehingga 2001.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan sebagai Ketua Pengarah yang pertama selama dua tahun bermula pada tahun 1996.

Awang Adek mula bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok pada tahun 2001.

Selain itu beliau turut diberi amanah memegang jawatan Bendahari UMNO Kelantan sejak tahun 2003. Pada tahun 2003 juga beliau dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO bahagian Bachok dan menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan peringkat bahagian tahun ini.

Pada pilihan raya umum 2004 Awang Adek telah diberi kepercayaan bertanding kerusi Parlimen Bachok dan berjaya menewaskan Wan Nik Wan Yusoff (Pas) dengan majoriti 6,272 undi.

Manakala pada pilihanraya umum tahun 2008, beliau bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN. Namun beliau kalah di kedua-dua kerusi terbabit.

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P25 Bachok
  • PRU12- P25 Bachok
  • PRU13- P25 Bachok
  • PRU14- P25 Bachok

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P25 Bachok N21 Perupok

Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok Kelantan sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat dan bagi peringkat sarjana dan doktor falsafah di Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.