Othman Aziz

Dato' Othman bin Aziz (lahir 15 Mei 1959) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi Jerlun, Kedah, yang telah dipilih pada tahun 2013. Beliau pernah berkhidmat dalam satu penggal di Dewan Undangan Negeri Kedah (2004-2008) dan merupakan pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kedah. Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN)

Jawatan yang pernah disandang

  • 2004-2008: Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Ayer Hitam
  • Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kedah
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P5 Jerlun
  • PRU14- P5 Jerlun

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P5 Jerlun N4 Ayer Hitam
  • PRU12- P5 Jerlun N4 Ayer Hitam