Zahidi Zainul Abidin

Datuk Zahidi Zainul Abidin (lahir 9 Januari 1961 - kini) merupakan ahli politik Malaysia yang memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Padang Pesar, Padang Besar, Perlis semenjak 18 Oktober 2008. Datuk juga memegang jawatan Pengerusi dalam Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM). Pada tahun 2012, beliau telah dipilih memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perlis dan telah dicalonkan pada PRU13 pada 5 Mei 2013.

Jawatan yang pernah disandang

  • 1991-1993: Biro Dakwah Pemuda UMNO Malaysia
  • 1993: Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kangar
  • 1998: Ahli Majlis Latihan Dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 1998: Ahli Majlis Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia
  • 1998: Biro Antarabangsa UMNO
  • 1991-1998: Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 1994-1998: Naib Ketua Pemuda UMNO Perlis
  • 1994-2001: Ketua Pemuda UMNO Padang Besar
  • 1998-2001: Ketua Pemuda UMNO Perlis
  • 2001-2004: EXCO Pemuda UMNO Malaysia
  • 2008: Ketua UMNO Padang Besar
  • 2011: Timb. Pengerusi Penghubungan UMNO Perlis
  • 2013: Ahli Parlimen Malaysia - P001
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P1 Padang Besar
  • PRU14- P1 Padang Besar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P1 Padang Besar N2 Beseri