Aaron Ago Anak Dagang

Datuk Aaron Ago Dagang merupakan ahli politik Malaysia. Beliau kini adalah seoarang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Kanowit di Sarawak, menwakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari gabungan Barisan Nasional.

  • Sebelum dipilih ke Parlimen Malaysia, Dagang adalah setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie.
  • Dagang kemudian bertanding bagi kerusi Kanowit Pilihanraya Umum Malaysia 2004 menggantikan Moggie yang tidak bertanding.
  • Selepas pilihanraya, pendaftaran parti Dagang, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) telah dibatalkan dan beliau menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan kemudiannya Parti Rakyat Sarawak (PRS). Beliau mengekalkan kerusi Kanowit di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008 dengan menang tanpa bertanding.
  • Dagang menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda pada 5 June 2010.
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P209 Kanowit
  • PRU12- P210 Kanowit
  • PRU13- P210 Kanowit
  • PRU14- P210 Kanowit

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

TIADA MAKLUMAT