Sharil @ Shahrir Ab Samad

Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad (lahir 22 November 1949) merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC) dan kini Ahli Parlimen Johor Bahru. Beliau juga merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Beliau dilahirkan pada 22 November di Kuantan, Pahang.

Beliau adalah abang kepada Datuk Seri Khalid Abdul Samad, ahli politik Amanah yang juga merupakan ahli parlimen bagi Shah Alam.


 

Jawatan yang pernah disandang

  • Setiausaha Politik (Allahyarham Tun Dr. Ismail –Menteri Perdagangan & Perindustrian, Tan Sri Musa Hitam – Menteri Perusahaan Utama, Allahyarham Tun Abdul Razak – Perdana Menteri dan Allahyarham Tun Hussein Onn – Perdana Menteri)
  • 1978-1979: Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri 
  • 1980-198: Timbalan Menteri Kewangan
  • 1982-1983: Timbalan Menteri Perdagangan & Perindustrian
  • 1983-1985: Menteri Wilayah Persekutuan
  • 1985-1987: Menteri Kebajikan
  • Ahli Exco dan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association (CPA)
  • Pengerusi, Jawatan Kuasa Kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee atau PCA)
  • Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
  • Pengerusi, BNBBC
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saske Corporation SDn. Bhd.
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saskevest Sdn. Bhd
  • 2008-2009:  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • 2017- kini: Pengerusi FELDA
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P160 Johor Bahru
  • PRU12- P160 Johor Bahru
  • PRU13- P160 Johor Bahru
  • PRU14- P160 Johor Bahru

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Pendidikan

  • 1972: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan dari Universiti Malaya 
  • 1977:  Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan di IMEDE (sekarang dikenali IMD), Lausanne, Switzerland