Rohani Abdul Karim

Dato’ Sri Rohani Abdul Karim (lahir 3 Januari 1955) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Batang Lupar di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional. Beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013 di Wisma Putra. 

  • 1980 - 1986 - Penganalisis Pengurusan, MAMPU Sarawak
  • 1986 - 1988 - Ahli ekonomi, Kementerian Agrkultur Sarawak
  • 1988 - 1990 - Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial, Kuching
  • 1990 - 1999 - Ahli Parlimen mewakili kawasan Santubong.
  • 1999 - 2004 - Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  • 2004 - 2008 - Ahli Parlimen Batang Lupar
  • 8 Mac 2008 - 3 April 2009 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • 9 April 2009 - 5 Mei 2013 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
  • 15 Mei 2013 - (Sekarang) - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
  • (Sekarang) - Majlis Tertinggi Wanita PBB Sayap Bumiputera
  • Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Batang Lupar di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
  • Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P201 Batang Lupar
  • PRU12- P201 Batang Lupar
  • PRU13- P201 Batang Lupar
  • PRU14- P201 Batang Lupar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada
  • Bsc. Perniagaan Tani (Agribusiness), Universiti Pertanian Malaysia (1975 – 1979)
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Ohio University, Athens, Amerika Syarika
  • 'MBA Eksekutif' (Ahli Beta Gamma Sigma), Ohio Unversity Athens, Amerika Syarikat.

Video Berkaitan Rohani Abdul Karim