Hou Kok Chung

Dato' Sri Dr. Hou Kok Chung (lahir 22 Februari 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia dari MCA. Beliau merupakan salah seorang daripada empat Naib Presiden MCA yang meraih undi kedua terbanyak dalam pemilihan parti pada 21 Disember 2013. Kok Chung adalah Ahli Dewan Negara tempoh penggal yang kedua yang dilantik pada 2014 dan bakal tamat dalam tahun 2020. Beliau juga, pada hari ini, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka.

Jawatan yang pernah disandang

  • Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR);
  • Ahli Majlis Tertinggi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC)
  • Guest Professor Universiti Xiamen China; Adjung Professor UTAR 
  • Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P152 Kluang
  • PRU13- P152 Kluang
  • PRU14- P158 Tebrau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Pendidikan

  • Sarjana Kedokotran daripada SOAS, University of London.