Mustapa Mohamed

Dato' Sri Mustapha Mohamed merupakan ahli politik, menteri dan ahli parlimen Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia; kini beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Jeli, Kelantan. Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan besar dalam kejayaan Barisan Nasional di Negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-11.

Jawatan yang pernah disandang dalam kabinet:

Jawatan yang pernah disandang dalam parti:

  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan - 1974
  • Pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) - 1982
  • Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan - 1984
  • Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
  • Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kewangan Kedua - 1998
  • Presiden Pertubuhan Untuk Peningkatan Perusahaan, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) di Malaysia
  • Presiden Persatuan Francais Malaysia dan PROMUDA
  • Pengarah Khazanah Nasional Berhad
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - 27 Mac 2004
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - (Sekarang)
  • 1988 - Setiausaha Politik Menteri Kewangan
  • Ketua UMNO Bahagian Jeli
  • 2000 - Ketua Penerangan UMNO
  • 2000-2003 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  • 2000 hingga 2004 - Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P30 Jeli
  • PRU12- P30 Jeli
  • PRU13- P30 Jeli
  • PRU14- P30 Jeli

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P30 Jeli N37 Air Lanas
  • PRU13- P30 Jeli N37 Air Lanas
  • PRU14- P30 Jeli N37 Air Lanas


Kepujian kelas pertama dalam Ekonomi dari University of Melbourne, Australia, 1973
Master dalam Pembangunan Ekonomi dari Boston University, Amerika Syarikat, 1982

Video Berkaitan Mustapa Mohamed